Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

  EMPAT CARA MENDAPATKAN KEWARGANEGARAAN : OPERASI UNDANG-UNDANG - Seseorang yang lahir daripada ibu atau bapa yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia. -Seseorang yang lahir di negara lain tetapi bapanya mempunyai status kewarganergaraan Malaysia. - Orang yang lahir di Malaysia selepas Hari Malaysia ( 16 September 1963 ) PENDAFTARAN - Ibu atau bapa warganegara Malaysia dan mendaftarkan anaknya yang berumur kurang dari 21 tahun . - Individu yang berumur lebih 18 tahun dan lahir sebelum Hari kemerdekaan Malaysia. -Bermastautin tetap di Malaysia sekurang-kurangnya 2 tahun dan berengetahuan dalam Bahasa Malaysia sebelum mendaftar. NATURALISASI - Warga asing yang mahu menjadi warganegara Malaysia perlulah berumur 21 tahun ke atas dan bermastautin tetap di Malaysia selama 10 tahun. Selain itu, mereka perlu berkelakuan baik dan berpengetahuan dalam Bahasa Malaysia. Percantuman Wilayah Wilayah baru yang dimasukkan ke dalam Malaysia selepas Hari Malaysia ( 16 September 1963 ) telah ditentukan k

SENARAI AHLI BLOGGERS

     AHLI BLOGGERS :- MUHAMMAD AMIRUL DANIEL BIN SUPRAN  30DLS20F1023  JOHOR BAHRU, JOHOR. NUR SHAHFEEZA BINTI KASMU'EE  30DLS20F1038 JOHOR BAHRU, JOHOR. SITI NURERSYA BINTI MOHD NASIR  30DLS20F1009 JOHOR BAHRU, JOHOR.

VIDEO-VIDEO ETIKA DAN PERADABAN

  JALUR GEMILANG  MADE BY SITI NURERSYA BINTI MOHD NASIR  30DLS20F1009 https://www.youtube.com/watch?v=CMh5FFYaOuI MAKLUMAT PRINSIP RUKUN NEGARA     MADE BY SHAHFEEZA BINTI KASMU'EE 30DLS20F1038 https://youtu.be/0eCq1b-mQBA   FAKTA LAGU NEGARAKU  MADE BY AMIRUL DANIEL BIN SUPRAN  30DLS20F1023 https://www.youtube.com/watch?v=opW2MPkH0iU&feature=youtu.be

FAKTOR PERPADUAN DI MALAYSIA

  Antara faktor perpaduan dikalangan rakyat Malaysia : Peristiwa 13 Mei 1969   Pada 13 Mei 1969 telah berlaku nya tragedi yang menggemparkan seluruh warga negara malah mungkin warga dunia apabila berlakunya pertumpahan darah kerana kurang perpaduan dikalangan masyarakat. Tragedi ini digelar " Peristiwa 13 Mei " dan tragedi ini juga telah meragut 196 nyawa selain mencederakan 439 orang. Peristiwa ini juga dikaitkan dengan isu perkauman yang berlaku ketika pilihan  raya 1969. Apa yang boleh dikatakan disini ialah tragedi hitam ini telah membuka mata ramai pihak dalam menumpukan perihatian terhadap perpaduan dikalangan rakyat. Konsep 1 Malaysia Pada 3 April 2009, konsep ini telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib iaitu Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Konsep 1 Malaysia diperkenalkan beliau bagi menegaskan bahawa tiada perbezaan antara rakyat yang di bawah naugan 1 negara iaitu Malaysia. Selain itu, konsep ini memberi aspirasi dan motivasi kepada masyarakat dalam mempe

AKTIVITI PERPADUAN DI MALAYSIA

  AKTIVITI PERPADUAN DI MALAYSIA : MADE BY : NUR SHAHFEEZA BINTI KASMU'EE Negara yang mempunyai berbilang kaum sangat memerlukan usaha untuk memupuk perpaduan kaum bagi membina negara yang harmoni. Menurut kata Perdana Menteri yang ke - 6, hubungan yang baik menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah " bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat " Antara aktiviti perpaduan yang dijalankan di Malaysia ialah : 1. MELAKSANAKAN SEKOLAH WAWASAN Sehubungan dengan itu, sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang mudah  untuk merealisasikan hasrat ini. Dengan memperkenalkan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ianya telah mewujudkan perpaduan kaum secara tidak langsung. Terdapat sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah iaitu :-  SEKOLAH KEBANGSAAN  SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA  SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL Melalui pelaksanaan ini sekolah wawaaan ini ianya juga dapat mempercepatkan proses perpaduan kaum. Co

JAWATANKUASA / BADAN ORGANISASI YANG TERLIBAT

  JAWATANKUASA / BADAN ORGANISASI YANG TERLIBAT :  MADE BY: NUR SHAHFEEZA BINTI KASMU'EE Pada era globalisasi masa kini negara Malaysia memerlukan lebih banyak jawatankuasa mahupun badan organisasi yang memperoleh kebaikan kepada negara. Hal ini demikian kerana, umum mengetahui bahawa negara Malaysia mempunyai berbilang kaum antaranya ialah, cina india melayu. Maka dengan ini jawatankuasa dan badan organisasi perlulah memainkan peranan penting untuk membentuk negara ini agar bersatu padu dan sentiasa mengekalkan perpaduan. Antara jawatankuasa dan badan organisasi yang dapat says ketengahkan ialah : JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA   Rukun Tetangga merupakan salah satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat dinegara kita iaitu Malaysia. - Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya di

KERATAN AKHBAR

KERATAN AKHBAR MADE BY SITI NURERSYA BINTI MOHD NASIR 30DLS20F1009 Malaysia telah mengahadap pelbagai halangan dalam mewujudkan semangat perpaduan di dalam kalangan masyarakat Malaysia, perkara ini menjadi antara isu terbesar di dalam Malaysia bagi menjadi satu negara yang maju. Terdapat beberapa keratan akhbar yang menunjukkan betapa besarnya isu perkauman di dalam usaha membentuk negara bangsa Malaysia. Antaranya ialah : (Sumber, rahsia) Terdapat banyak isu yang ditimbulkan tentang hak antara berbilang kaum, ini kerana Melayu mendapat hak yang sebagai bumiputera manakala cina dan india tidak dapat gelaran bumiputera. (Sumber, rahsia jugak) Isu perkauman juga menimbulkan banyak salah faham dan pergaduhan kerana dahulu orang Cina dan India agak rasis terhadap Melayu dan tidak mengenang jasa orang Melayu menerima mereka ke dalam Malaysia. (Sumber, try teka) Sikap menunding jari terhadap orang berkaum yang berbeza timbull kerana sikap tidak mahu mengalah dan memaafkan.  Sedemikian isu pe

DEFINISI PERPADUAN DI MALAYSIA

  PERPADUAN  ialah penyatuan ataupun kesepakatan yang dipamerkan sesebuah masyarakat/kumpulan rakyat di dalam sebuah komuniti bagi menghasilkan suasana harmoni dan aman di antara mereka. Asas perpaduan bagi setiap masyarakat ialah berbeza. Bagi sebuah masyarakat yang ringkas atau biasa mungkin perpaduan hanya berasaskan hubungan kekeluargaan yang saling sayang menyayangi dan saling hormat menghormati. Manakala bagi masyarakat yang agak kompleks mungkin beranggapan terdapat beberapa faktor seperti budaya,adat dan perayaan yang menyumbang kepada perpaduan kaum dan bangsa yang lebih bermakna. Pembinaan negara bangsa memerlukan kesatuan dan kesepaduan rakyat agar kestabilan ekonomi negara dapat di jamin bagi jangka masa yang lama.Perpaduan ini penting bagi negara seperti Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang bangsa agar kemakmuran rakyat sentiasa terjaga.Selain itu, perpecahan kaum dapat dielakkan agar tidak tercetus kembali tragedi 13 Mei 1969 yang telah meragut 196 nyawa. Kalau nak di

KESAN PERPADUAN MASYARAKAT

    KESAN PERPADUAN MASYARAKAT MADE BY SITI NURERSYA BINTI MOHD NASIR 30DLS20F1009 Kesan-kesan kerjasama antara kaum kepada kesejahteraan negara Malaysia ialah dapat   melindungi negara daripada ancaman kuasa luar   . Negara yang mempunyai   masyarakat yang berkerjasama antara  satu sama lain dapat   melemahkan gerakan kuasa luar   yang ingin menakluk negara kerana kunci rahsia negara dikawal ketat oleh sikap masyarakat yang saling berkerjasama dalam menjamin kedaulatan negara.                 Selain itu ,   perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat   juga dapat diwujudkan . Perpaduan rakyat amat penting demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.Masyarakat yang bersatu padu akan melahirkan sebuah negara yang aman dan tiada masalah pertelingkahan antara kaum berlaku.                Seterusnya ,  negara Malaysia juga akan dihormati dan disegani oleh negara asing  kerana kekal aman meskipun terdapat masyarakat yang berbilang kaum . Kuasa luar yang berminat untuk menguasai negara aka