Antara faktor perpaduan dikalangan rakyat Malaysia :
- Peristiwa 13 Mei 1969
Pada 13 Mei 1969 telah berlaku nya tragedi yang menggemparkan seluruh warga negara malah mungkin warga dunia apabila berlakunya pertumpahan darah kerana kurang perpaduan dikalangan masyarakat. Tragedi ini digelar " Peristiwa 13 Mei " dan tragedi ini juga telah meragut 196 nyawa selain mencederakan 439 orang. Peristiwa ini juga dikaitkan dengan isu perkauman yang berlaku ketika pilihan raya 1969. Apa yang boleh dikatakan disini ialah tragedi hitam ini telah membuka mata ramai pihak dalam menumpukan perihatian terhadap perpaduan dikalangan rakyat.
Pada 3 April 2009, konsep ini telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib iaitu Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Konsep 1 Malaysia diperkenalkan beliau bagi menegaskan bahawa tiada perbezaan antara rakyat yang di bawah naugan 1 negara iaitu Malaysia. Selain itu, konsep ini memberi aspirasi dan motivasi kepada masyarakat dalam memperbaiki hubungan kaum antara mereka bagi memastikan perpaduan negara sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Kerajaan Malaysia memberi tumpuan kepada kepentingan rakyat bagi mencapai objektif negara seperti slogan Perdana Menteri " Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan " kerana sebuah negara yang produktif dan maju datangnya daripada rakyat yang positif dan berintegriti.
- Pendidikan
Sektor pendidikan telah berjaya membantu negara dalam menangani isu perkauman dan tidak kesefahaman dikalangan rakyat. Hal ini kerana institusi pendidikan memberikan pendedahan awal kepada golongan muda tentang kepentingan perpaduan dikalangan masyarakat. Institusi pendidikan ditubuhkan bagi menyasarkan golongan anak-anak/murid yang masih belum tahu akan kepentingan perpaduan. Dengan wujudnya sekolah kebangsaan dan sekolah awam lain, sedikit sebanyak telah membantu kerajaan membentuk perpaduan dikalangan mereka. Secara tidak langsung kemelut yang dihadapi kerajaan bagi membentuk perpaduan dikalangan rakyat dapat diselesaikan secara besar-besaran.
- Pihak Media Massa
Seperti mana yang kita tahu terdapat pelbagai jenis syarikat media massa di Malaysia. Pihak media massa juga memainkan peranan dalam membantu negara memupuk kesepaduan kaum dalam diri setiap rakyat Malaysia. Hal ini kerana, pada era globalisasi kini ramai rakyat Malaysia yang sudah mudah mendapatkan akses dari pelbagai platfrom media massa. Contohnya penggunaan telefon pintar yang dilengkapi pelbagai kemudahan media massa seperti Facebook, Youtube, Twitter dan lain-lain. Platform ini perlulah lebih menyiarkan pendedahan tetang perpaduan nasional di Malaysia. Media massa perlu menyiarkan sesuatu yang bercorak positif tentang perpaduan agar masyarakat sedar akan kepentingan dan kelebihan perpaduan. Selain itu pihak media massa juga harsulah bersedai menapis segala konteks yang boleh membawa kepada rusuhan kaum ataupun perpecahan kaum. Oleh itu, media massa perlu memainkan peranan besar dalam konteks perpaduan negara Malaysia.
Sedikit perkongsian tentang perpaduan kaum di Malaysia :
Sumber : Youtube 📺
💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥
Disediakan oleh : Muhammad Amirul Daniel Bin Supran
30DLS20F1023
Comments
Post a Comment