Skip to main content

DEFINISI PERPADUAN DI MALAYSIA

 



PERPADUAN ialah penyatuan ataupun kesepakatan yang dipamerkan sesebuah masyarakat/kumpulan rakyat di dalam sebuah komuniti bagi menghasilkan suasana harmoni dan aman di antara mereka.



Asas perpaduan bagi setiap masyarakat ialah berbeza. Bagi sebuah masyarakat yang ringkas atau biasa mungkin perpaduan hanya berasaskan hubungan kekeluargaan yang saling sayang menyayangi dan saling hormat menghormati. Manakala bagi masyarakat yang agak kompleks mungkin beranggapan terdapat beberapa faktor seperti budaya,adat dan perayaan yang menyumbang kepada perpaduan kaum dan bangsa yang lebih bermakna.


Pembinaan negara bangsa memerlukan kesatuan dan kesepaduan rakyat agar kestabilan ekonomi negara dapat di jamin bagi jangka masa yang lama.Perpaduan ini penting bagi negara seperti Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang bangsa agar kemakmuran rakyat sentiasa terjaga.Selain itu, perpecahan kaum dapat dielakkan agar tidak tercetus kembali tragedi 13 Mei 1969 yang telah meragut 196 nyawa.




Kalau nak dilihatkan dan dibandingkan dengan negara-negara lain ,Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan budaya dan adat kerana mempunyai berbilang bangsa dan kaum. Perpaduan di Malaysia juga menjadi antara pencapaian terbesar yang dapat dikecapi negara kerana agak sukar bagi sesebuah negara yang mempunyai berbagai bangsa untuk mengamalkan perpaduan kerana perbezaan adat dan budaya bangsa masing-masing. Akan tetapi Malaysia telah membuktikan kebolehan sebuah negara yang mampu berdiri dengan sendirinya bagi mengecapi perpaduan bangsa. Rakyat Malaysia telah berjaya mengatasi perbezaan budaya dan adat sesama masyarakat dan mula berfikir secara rasional sebagai seorang anak Malaysia yang merdeka !!!!




Menurut Ibn Khaldun (pakar sosiologi Arab), Asabiyyah(perpaduan sosial)menekankan  kepada kesatuan,kesedaran kumpulan,dan kesepaduan sosial.Pada awalnya,ia juga dikenali sebagai konteks "kepuakan" dan "kesukuan". Manakala, menurut Emile Durkheim (pakar sosiologi Perancis) ialah jenis-jenis perpaduan sesebuah masyarakat itu mestilah datang daripada jenis masyarakat juga. Terdapat 2 jenis perpaduan iaitu mekanikal dan juga organik. Mekanikal bermaksud perpaduan lebih berkait melalui kerja, upacara keagamaan,pendidikan dan cara hidup. Lain pula bagi organik yang wujud kerana saling bergantung antara masyarakat.






Berikut merupakan ringkasan video bagi definisi perpaduan :


Sumber : Youtube πŸ’»πŸ’»πŸ’»


πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“


Post made by : Muhammad Amirul Daniel Bin Supran

30DLS20F1023

Comments

Popular posts from this blog

KERATAN AKHBAR

KERATAN AKHBAR MADE BY SITI NURERSYA BINTI MOHD NASIR 30DLS20F1009 Malaysia telah mengahadap pelbagai halangan dalam mewujudkan semangat perpaduan di dalam kalangan masyarakat Malaysia, perkara ini menjadi antara isu terbesar di dalam Malaysia bagi menjadi satu negara yang maju. Terdapat beberapa keratan akhbar yang menunjukkan betapa besarnya isu perkauman di dalam usaha membentuk negara bangsa Malaysia. Antaranya ialah : (Sumber, rahsia) Terdapat banyak isu yang ditimbulkan tentang hak antara berbilang kaum, ini kerana Melayu mendapat hak yang sebagai bumiputera manakala cina dan india tidak dapat gelaran bumiputera. (Sumber, rahsia jugak) Isu perkauman juga menimbulkan banyak salah faham dan pergaduhan kerana dahulu orang Cina dan India agak rasis terhadap Melayu dan tidak mengenang jasa orang Melayu menerima mereka ke dalam Malaysia. (Sumber, try teka) Sikap menunding jari terhadap orang berkaum yang berbeza timbull kerana sikap tidak mahu mengalah dan memaafkan.  Sedemikian isu pe

SENARAI AHLI BLOGGERS

     AHLI BLOGGERS :- MUHAMMAD AMIRUL DANIEL BIN SUPRAN  30DLS20F1023  JOHOR BAHRU, JOHOR. NUR SHAHFEEZA BINTI KASMU'EE  30DLS20F1038 JOHOR BAHRU, JOHOR. SITI NURERSYA BINTI MOHD NASIR  30DLS20F1009 JOHOR BAHRU, JOHOR.

KESAN PERPADUAN MASYARAKAT

    KESAN PERPADUAN MASYARAKAT MADE BY SITI NURERSYA BINTI MOHD NASIR 30DLS20F1009 Kesan-kesan kerjasama antara kaum kepada kesejahteraan negara Malaysia ialah dapat   melindungi negara daripada ancaman kuasa luar   . Negara yang mempunyai   masyarakat yang berkerjasama antara  satu sama lain dapat   melemahkan gerakan kuasa luar   yang ingin menakluk negara kerana kunci rahsia negara dikawal ketat oleh sikap masyarakat yang saling berkerjasama dalam menjamin kedaulatan negara.                 Selain itu ,   perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat   juga dapat diwujudkan . Perpaduan rakyat amat penting demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.Masyarakat yang bersatu padu akan melahirkan sebuah negara yang aman dan tiada masalah pertelingkahan antara kaum berlaku.                Seterusnya ,  negara Malaysia juga akan dihormati dan disegani oleh negara asing  kerana kekal aman meskipun terdapat masyarakat yang berbilang kaum . Kuasa luar yang berminat untuk menguasai negara aka