JAWATANKUASA / BADAN ORGANISASI YANG TERLIBAT :
MADE BY: NUR SHAHFEEZA BINTI KASMU'EE
Pada era globalisasi masa kini negara Malaysia memerlukan lebih banyak jawatankuasa mahupun badan organisasi yang memperoleh kebaikan kepada negara. Hal ini demikian kerana, umum mengetahui bahawa negara Malaysia mempunyai berbilang kaum antaranya ialah, cina india melayu. Maka dengan ini jawatankuasa dan badan organisasi perlulah memainkan peranan penting untuk membentuk negara ini agar bersatu padu dan sentiasa mengekalkan perpaduan. Antara jawatankuasa dan badan organisasi yang dapat says ketengahkan ialah :
JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA
Rukun Tetangga merupakan salah satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat dinegara kita iaitu Malaysia.
- Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh masyarakat di kawasan kejiranan tersebut. Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
- Peranan utama Majlis Keselamatan Negara Malaysia ialah mempertahankan negara dari rusuhan dan mengekalkan kesejahteraan negara Malaysia. Unit pertama ini adalah gabungan dengan pasukan operasi khas. Antaranya ialah Angkatan Bersenjata Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
AHLI PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA
Comments
Post a Comment