AKTIVITI PERPADUAN DI MALAYSIA :
MADE BY : NUR SHAHFEEZA BINTI KASMU'EE
Negara yang mempunyai berbilang kaum sangat memerlukan usaha untuk memupuk perpaduan kaum bagi membina negara yang harmoni. Menurut kata Perdana Menteri yang ke - 6, hubungan yang baik menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah " bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat " Antara aktiviti perpaduan yang dijalankan di Malaysia ialah :
1. MELAKSANAKAN SEKOLAH WAWASAN
Sehubungan dengan itu, sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang mudah untuk merealisasikan hasrat ini. Dengan memperkenalkan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ianya telah mewujudkan perpaduan kaum secara tidak langsung. Terdapat sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah iaitu :-
- SEKOLAH KEBANGSAAN
- SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA
- SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL
Melalui pelaksanaan ini sekolah wawaaan ini ianya juga dapat mempercepatkan proses perpaduan kaum. Contohnya, aktiviti berkumpulan sekolah yang dijalankan secara teratur bersama murid - murid dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat antara sekolah. Sewajarnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa sistem pendidikan negara Malaysia merupakan pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesama kaum dan mencapai perpaduan kaum.
2. PELBAGAI PROGRAM
Dengan menganjurkan program - program yang bermanfaat semasa masyarat, sememnagnya muhibah sesama kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Dengan adanya kawasan setempat juga boleh diperkenalkan bagi memudahkan program ini dijalankan. program yang dijalankan ini adalah betujuan :
- membendung sikap diskriminasi anatara kaum dan mewujudkan nilai keakraban di dalam masyarakat yang pelbagai kaum.
- Pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar - tukar pendapat dan idea berkaitan dengan sesuatu isu semasa mahupun global atau hal kemasyarakatan.
contoh - contoh program yang boleh dijalankan adalah seperti berikut :
- SAMBUTAN HARI KELUARGA
- SAMBUTAN HARI BU
- SAMBUTAN HARI BAPA
- SAMBUTAN HARI PERAYAAN
- RUMAH TERBUKA
Jelaslah bahawa usha - usaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malaysia boleh direalisasikan dengan pelbagai program yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan dan masyarkat setempat yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita ini.
3. PROGRAM KENEGARAAN SEPERTI
( PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA )
Jika perkara ini diteliti dengan lebih anjut, sebelum ini kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas untuk menyertai Program (PLKN) ini. Modul knegaraan PLKN ini sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja dalam masyarakat majmuk yang akan menjadi pemimpin negara pada satu hari nanti. Sebagai contoh PLKN ini dapat merapatan perpaduan ialah :
- PARA REMAJA BERBILANG KAUM BERPELUANG UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI BERSAMA
- DAPAT SALING BERTUKAR IDEA
- BERLAJAR ADAT KAUM LAIN DALAM MASA YANG SAMA KITA BELAJAR MENGHORMAT ADAT KAUM LAIN.
Konklusinya, yang dapat disimpulkan ialah keamanan dan kemakmuran sesebuah negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum seluruh rakyatnya. Pelbagai pihak perlu bergerak sekali seia sekata bersama iltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara.
Comments
Post a Comment